Manusia Dari Bumi

Thursday, December 30, 2010

Nak kuruskan badan? Ikuti tips ini

Kerap terasa lapar? Mengambil keputusan untuk tidak makan kerana takut kalori dan lemak dalam tubuh bertambah? Jelas sekali itu bukanlah pilihan yang tepat.Sebaliknya....

Jika anda ingin tubuh yang sihat dan kelihatan cantik maka anda perlulah

1)Tidur dengan secukupnya kerana sekiranya anda tidak melakukan sedemikian maka anda akan terasa lapar.

2)Minum air kosong sebanyak mungkin sepertimana yang kita tahu 8 - 10 gelas akan membuatkan tubuh kita aktif.Jika tidak, anda akan mengalami dehidrasi iaitu berasa lapar dan dahaga kerana ketidakcukupan air dalam badan.

Tahukah anda bahawa tubuh kita mengandungi air sebanyak 70%?

3)Sebaik sahaja bangun dari tidur, lakukan senaman selama 30 - 45 minit untuk meningkatkan metabolisme tubuh yang mana kita perlukan untuk memudahkan proses penyahtinjahan.

4)Jangan langkau sarapan pagi anda kerana ianya penting untuk mengatifkan metabolisme tubuh.

5)Makan lebih.Ya, makan lebih contohnya jika setiap hari anda hanya makan 3 kali sehari, maka gandakan ia menjadi 6.Pastikan 6 hidangan yang anda makan adalah cukup untuk membuatkan anda rasa kenyang.Jangan makan berlebihan.Jika kita makan cuma 3 kali sehari, ia akan mlambatkan proses penyahtinjahan di mana ia akan membuat perut anda sentiasa terasa penuh.

No comments:

Post a Comment