Manusia Dari Bumi

Sunday, December 25, 2011

Awas! Penipuan New York Skin Solution (cerita benar)

New York Skin Solutioooooooooon~~~ (ooopss sorry ternyanyi pula). Tapi hari ni MDB nak pastikan yang budak-budak muda sekarang mahupun dah 20++ ataupun nenek sekalipun janganlah percaya benda-benda karut ni :D

You know what? Sebenarnya MDB masa tu gatal-gatallah pergi website NYSS lepas tu sign up untuk dapat FREE~ facial treatent + products (kononnya dok heboh keluar TV & surat haba').

Sekali pada suatu hariiiii *lagu starlight berdering*(that's my ringtone)

Cina : Helloooooo, boleh cakap dengan Farahin?
MDB : Ya, saya :)
Cina : Hari tu you ada sign up tell your problems about pimples kannnn?
MDB : Oh, ya.
Cina : So, dah berapa lama you're having this problem?
MDB : Errr 2 tahun?
Cina : Oh okay,... umur you berapa?
MDB : 13
Cina : Oh, so you sekolah menengah lah kann?
MDB : Ya..
Cina : Okay so pimples ada macam-macam jenis pimples..
MDB : Okayyyy *terus sampuk*(sebab malas nak layan)
Cina : So you duduk mana?
MDB : Wangsa Maju :)
Cina : Oh,, you tahu KL Festival tak?
MDB : Tahu :)
Cina : Okay, so bila you boleh datang?
MDB : ERrr tak confirm lah
Cina : Hari ni boleh takkk?
MDB : Err tak boleh
Cina : So bila you boleh agak-agak? Esok boleh?
MDB : Mungkin boleh
Cina : Okay, pukul 11 pagi boleh tak?
MDB : Boleh kott
Cina : Okay so esok you datang bawa parents lah because nanti you tak faham... Okay?
MDB : Err
Cina : HEyy I mau tolong youu
MDB : HMM ok
Cina : Okay so esok datang KL Festival tingkat 2 pukul 11 okay?
MDB : Okay :)

Lepas tu kannnnnnnnnnnnn

MDB terus terfikir~~~ Haish kau ni Farahin, belajar hari-hari buat apa kalau kau boleh terpedaya dengan iklan yang bohong belaka??? Takkan buat bisnes tak nak duit kott.. Buat apa bagi orang free facial... Dahlah boleh buat iklan dalam bentuk rancangan lagi.. Bayangkan kalau iklan biasa pun dah bayar beribu takkan buat rancangan tak keluar duit kottt???

Hmmmm

Malam itu...

MDB pun pergi lah jumpa pak cik Google.com tanya dia,

"Harga New York Skin Solution"

Sekali terpapar hasil carian daripada blog-blog orang meluahkan perasaaan. Sekali mereka cakap yang mereka sudah kena tipu~~~~ Lepas tu MDB terus bersyukur nasib baik tak pergi lagiii. Mereka cakap ada banyak package. Package 10 sessions RM5600. 5 sessions RM2800. 3 sessions RM1400. MDB pun whhatttttttttttt?? Mana MDB ada banyak duit macam tuuu! Puiihh cina ni memang nak kena.. Tipu orang je kerja.. Jadi selepas tu MDB terus serik nak percaya iklan lagii..

Jadi yang pentingnya janganlah percaya benda-benda macam ni.. Memangah result dia memuaskan.. tapi sekali bayar beribu daaaaaa... Anyway terima kasih kerana sudi membaca. Peace yawrrr :D


Wednesday, October 5, 2011

Pembetulan Tatabahasa (Kata Ganti Diri)

Assalamualaikum, lama MDB tak update post-post baru. Maaf, MDB sibuk belajar. 13th October will be the most anticipating day for me because it's the starting date of my final examination! Tapi di samping sibuk ni, MDB rasa nak kongsi dengan anda semua serba sedikit tentang tatabahasa. MDB tahu, dah nak hujung tahun ni, mesti semua sekolah dah hampir dengan peperiksaan, tapi anda semua masih lagi duduk di atas kerusi berskrinkan komputer. Betul tak? Jadi, bagi sesiapa yang malas nak baca buku BM tu, MDB tolong anda sikitlah..

Baiklah, ini hanya 'highlight things' sahaja:

>Kata Ganti Diri Pertama (hanya contoh yang penting sahaja diberi)

1) DAKU = perkataan ini biasa digunakan dalam tulisan atau nyanyian, juga sebagai objek kepada kata sendi atau kata kerja tak transitif yang diakhiri huruf n. Contoh :
i. Ingatkah engkau akan daku?
ii. Mereka sependapat dengan daku.
iii. Mereka meninggalkan daku.

* DAKU tidak seharusnya digunakan sesudah kata yang tidak diakhiri dengan huruf n. Contoh:
~Dia menyuruh daku datang. (tidak baku)
~Dia menyruh aku datang. (baku)
*DAKU tidak boleh digunakan sebagai subjek atau predikat ayat. Contoh:
~Daku terkenang akan dia. (tidak baku)
~Aku terkenang akan dia. (baku)
~Dakulah yang berkuasa di sini. (tidak baku)
~Akulah yang berkuasa di sini. (baku)

>Kata Ganti Diri Kedua (hanya contoh yang penting sahaja diberi)

2) ANDA = digunakan apabila orang tidak berhadapan dengan kita. (tunggal/jamak)
Contoh rasanya tak perlu beri, kerana saya sendiri menggunakan anda sebagai
kata ganti diri untuk anda yang membaca.

3) DIKAU = sama seperti daku. Tetapi, ini kata ganti diri yang kedua.

4) KALIAN vs KAMU = Kalian adalah untuk beberapa orang sahaja yang berhadapan dengan kita. Kamu pula untuk seorang, atau lebih.

>Kata Ganti Diri Ketiga (hanya contoh yang penting sahaja diberi)

5) IA = digunakan dalam tulisan seperti kata dia juga. Contoh:
~Tong Seng dihukum gantung kerana ia pengedar dadah.

* Jangan gunakan kata ganti diri beliau secara sembarangan. Contoh:
~Penjenayah itu dijatuhkan hukuman. Beliau dihukum gantung sampai mati. (tidak baku, sepatutnya ia atau dia)
* Dia, ia dan mereka tidak boleh digunakan untuk benda atau binatang. Contoh:
~ Pintu ini tidak dapat dibuka. Ianya berkunci. (tidak baku)
~ Pintu ini tidak berkunci. Pintu ini berkunci. (baku)
* Kata ia tidak boleh digunakan sebgai objek kepada kata sendi atau kata kerja transitif. Contoh:
~Saya tidak bersetuju dengan ia. (tidak baku)
~Saya tidak bersetuju dengan dia. (baku)

>Kata Ganti diri Singkat

6) aku menjadi ku = boleh diletakkan di awal/akhir kata seolah-olah sebagai awalan/akhiran. Contoh:
i. Akan kuhadapi segalanya dengan tabah.
ii. Buku itu masih ada padaku.

7) engkau menjadi kau = diletakkan di awal kata sahaja. Contoh:
i. Karangan yang kautulis itu sungguh baik.

8) kamu menjadi mu = diletakkan di akhir kata sahaja. Contoh:
i. Hadiah ini untukmu.

9) dia menjadi nya = diletakkan di akhir kata sahaja. Contoh:
i. Surat ini ditulis olehnya.

* Kata kau,mu,nya dan ku tidak boleh dijarakkan daripada kata yang menyertainya. Contoh:
~ Duit yang kau beri itu telah habis. (tidak baku)
~ Duit yang kauberi itu telah habis. (baku)

* Kata kau,mu,nya dan ku tidak boleh bertugas sebagai subjek ayat kecuali dijadikan kata ganti diri penuh engkau,kamu,dia/ia dan aku. Contoh:
~Kau tidak patut berbuat demikian. (tidak baku)
~Engkau tidak patut berbuat demikian. (baku)

* Kata nya tidak boleh diibuhkan pada kata ia lalu menjadi ianya. Contoh:
~ Udara merupakan bahan penting kerana ianya diperlukan untuk pernafasan. (tidak baku)
~ Udara merupakan bahan penting kerana diperlukan untuk pernafasan. (baku)

>Kata Ganti Tanya

10) apa

11) mana

12) siapa

* Kata siapa tidak boleh digunakan untuk menanyakan nama binatang.

* Kata mana tidak sama seperti di mana. Contoh:
~ A : Yusuf mana?
~ B : Itu.
~ A : Yusuf di mana sekarang?
~ B : Dia di Taman Permata sekarang.

>Kata Ganti Tak Tentu

13) apa-apa

14) mana-mana, masing-masing, seseorang dan sesuatu

15) siapa-siapa/ sesiapa

* Kata ganti tak tentu apa-apa, mana-mana, dan siapa-siapa tidak boleh disamakan dengan kata ganti tanya apa, mana dan siapa. Contoh:
~ Apa yang diceritakan itu tidak benar. (tidak baku)
~ Apa-apa yang diceritakan itu tidak benar. (baku)

Sebenarnya, banyak lagi yang MDB mahu kemukakan. Tetapi malangnya, masa tidak mengizinkan. Tengoklah, sekiranya saya mempunyai masa, saya tidak teragak-agak untuk berkongsi dengan anda maklumat tentang tatabahasa yang penting untuk anda semua. " BAHASA JIWA BANGSA" Pesanan MDB : Gunakanalah Bahasa Melayu yang baku. Martabatkanlah bahasa kita. Jangan kerapkali gunakan bahasa-bahasa mudah zaman sekarang kerana mungkin anda akan terbiasa dan menggunakannya sepanjang masa. Apa yang penting di sini ialah MDB mahu menekankan tentang penggunaan ianya. Sebenarnya, perkataan ianya tidak pernah wujud dalam Bahasa Melayu baku. Jadi, saya berharap agar anda sekalian menggunakan bahasa yang betul. :D

Friday, June 3, 2011

Rahsia untuk kulit yang lebih cerah!

Ramai rakyat Malaysia mahukan kulit yang cerah.Tapi tahukah anda bahawa orang Eropah dan Amerika mahukan kulit yang perang?Sesungguhnya manusia zaman ini yang lahir dari pelusuk yang berbeza mempunyai keinginan yang berbeza.Ada yang sanggup melakukan pembedahan yang membabitkan ribuan ringgit semata-mata kerana nafsunya.

Tahukah anda bagaimana untuk mendapatkan kulit yang cerah?

Rahsia untuk kulit yang cerah adalah dengan beribadah dan taat akan perintah yang maha Esa.Ya, makasud saya pernahkah anda mendengar cerita tentang hamba Allah yang mati dalam keadaan badan yang hangus? Rentung? Terbakar? Bayangkan kulit mereka ketika itu? Adakah gelap? Ataupun legam? Yang pastinya muka mereka adalah seburuk-buruk manusia.Mengapakah berlakunya perkara sebegini? Ini kerana Allah memberi pembalasan kepada orang-orang yang mungkar akan perintahnya.

Jadi, ingat-ingatlah wahai manusia di muka bumi ini,bersyukurlah terhadap pemberian Allah.Terimalah hakikat seadanya.Tidak semestinya orang yang kita nampak cantik dan segak bergaya di muka bumi ini akan berkekalan sehingga ke akhirat.Justeru,marilah sama-sama kita melakukan kebaikan kerana Allah telah menjanjikan pahala dan ganjaran bagi mereka yang taat akan perintahnya.

Paras rupa yang menarik tidak membawa apa-apa untuk ke akhirat.Hanya amalan yang akan dihitung untuk menentukan di mana kita sepatutnya.TAPI bagi anda yang dilahirkan cerah,tetapi sekarang kulit anda semakin gelap,sebenarnya untuk mencerahkan kulit, anda perlu menggunakan Sun Protection Factor (SPF) bagi mengurangkan jumlah Melanosit yang terkandung di dalam lapisan kulit akibat sinaran UV.Tak kisahlah apa-apa jenama asalkan halal :D Kalau saya,saya gunakan Garnier.

Friday, March 18, 2011

Rajalawak 5 final tak 'se-grand' tahun-tahun sebelum ni?


Tak puas hati tengok rajalawak semalam.. (18 Mac 2011).
Ye ye je bertenggek depan TV,konon-kononnya macam best la..'Harap grafik je lawa'..

Tapi, opening dia dah gempak dah.. hahaha Johan : JAMAL! Zizan : "Saya rapper, saya rapper ". hahaha tapi,yang part tu je lawak.. yang lain, hampeh..
Dah lah performances peserta-peserta kurang gempak..3 minit je persembahan???Ish ish ish..

Pas tu Zizan ngan Johan pon sempat buat lawak time nak umukan pemenang tu je.. Sebab kalau nak buat lawak time lain, tak cukup masa...Haissshhh ..Final, rasa macam tak final je...1 jam 1/2 mana cukup.. bagi lah masa 2 jam.. >:( Hadiah? Oh, hadiah punyalah grand! RM 100,000 kot! Kalau MDB, MDB terus masuk saham.. hehe :D

Apa-apa pun, tahniah kepada juara rajalawak astro musim ke lima,MAN!



Hai Man, saya ni kawan lama awak tau...
hahaha.. mesti time time macam ni lah ramai yang mengaku saudara.. mana taknya, RM 100 K lah katakan....

Friday, March 4, 2011

3 perkara yang membuatkan anda jadi tension!

Pertama :

Cuaca panas

Jangan biarkan diri anda berada di kawasan yang panas terlalu lama kerana apabila badan kita berasa panas, maka sekali gus otak kita akan berasa panas. Jadi, pandailah elakkan diri daripada terkena sinaran matahari terlau lama.

Kedua :

Keletihan

Relaks! Jangan terlalu memaksa diri anda! Walaupun perkara yang dilakukan itu penting, cuba mengawal diri anda untuk membuatnya dengan tenang. :D

Ketiga :

Terlalu bimbang, risau atau takut

Kerja yang sepatutnya dibuat belum disiapkan lagi? Atau bimbang anda tidak berjaya dalam sesuatu perkara? BUANGKAN perasaan perasaan tersebut daripada diri anda! Jangan layan perasaan anda kerana akhirnya akan membuatkan anda rasa susah..

Sam keluar dari Bunkface ?


Hah! Terkezzut MDB apabila mendengar cerita ni...


Rupa-rupanya tak lah, dia tak keluar pon, dia hanya buat projek band bersama The Azenders. Gempak! Memang cayalah SAM!! So, lain kali jangan percaya bulat bulat khabar angin, bukannya betul pun..

Jom belajar buat Famous Amos :D

Hai! Hari ni MDB nak ajar korang semua macam mana nak jadi macam Pak Cik Amos ni..
Eh, tak tak, bukan nak jadi macam pak cik ni, tapi nak buat biskut macam dia buat...






Hehe.. So this is the secret recipe :

Bahan bahan

a) 2 cawan mentega
b) 4 cawan tepung
c) 2 sudu teh baking soda
d) 2 cawan gula pasir
e) 5 cawan oatmeal (dikisar)
f) 24 oz. cip coklat
g) 1 sudu teh garam
h) 18 oz. Cadburry bar (diparut)
i) 4 butir telur
j) 2 sudu teh baking powder
k) 2 sudu teh vanilla
l)3 cawan kacang (ditumbuk)

Cara membuatnya

Krimkan mentega dan tambahkan gula. Tambah telur dan
vanila, campur bersama dengan tepung, oatmeal, garam,
baking powder, dan soda. Tambah chocolate chips,
Cadbury bar dan kacang.Bulatkan adunan menjadi bola dan tempatkan adunan tersebut
dua inci berasingan di atas dulang .. bakar selama 10
minit pada 375 darjah. Dapat membuat 122 biskut ..


*Selamat mencuba ! :D