Baiklah, ini hanya 'highlight things' sahaja:
>Kata Ganti Diri Pertama (hanya contoh yang penting sahaja diberi)
1) DAKU = perkataan ini biasa digunakan dalam tulisan atau nyanyian, juga sebagai objek kepada kata sendi atau kata kerja tak transitif yang diakhiri huruf n. Contoh :
i. Ingatkah engkau akan daku?
ii. Mereka sependapat dengan daku.
iii. Mereka meninggalkan daku.
* DAKU tidak seharusnya digunakan sesudah kata yang tidak diakhiri dengan huruf n. Contoh:
~Dia menyuruh daku datang. (tidak baku)
~Dia menyruh aku datang. (baku)
*DAKU tidak boleh digunakan sebagai subjek atau predikat ayat. Contoh:
~Daku terkenang akan dia. (tidak baku)
~Aku terkenang akan dia. (baku)
~Dakulah yang berkuasa di sini. (tidak baku)
~Akulah yang berkuasa di sini. (baku)
>Kata Ganti Diri Kedua (hanya contoh yang penting sahaja diberi)
2) ANDA = digunakan apabila orang tidak berhadapan dengan kita. (tunggal/jamak)
Contoh rasanya tak perlu beri, kerana saya sendiri menggunakan anda sebagai
kata ganti diri untuk anda yang membaca.
3) DIKAU = sama seperti daku. Tetapi, ini kata ganti diri yang kedua.
4) KALIAN vs KAMU = Kalian adalah untuk beberapa orang sahaja yang berhadapan dengan kita. Kamu pula untuk seorang, atau lebih.
>Kata Ganti Diri Ketiga (hanya contoh yang penting sahaja diberi)
5) IA = digunakan dalam tulisan seperti kata dia juga. Contoh:
~Tong Seng dihukum gantung kerana ia pengedar dadah.
* Jangan gunakan kata ganti diri beliau secara sembarangan. Contoh:
~Penjenayah itu dijatuhkan hukuman. Beliau dihukum gantung sampai mati. (tidak baku, sepatutnya ia atau dia)
* Dia, ia dan mereka tidak boleh digunakan untuk benda atau binatang. Contoh:
~ Pintu ini tidak dapat dibuka. Ianya berkunci. (tidak baku)
~ Pintu ini tidak berkunci. Pintu ini berkunci. (baku)
* Kata ia tidak boleh digunakan sebgai objek kepada kata sendi atau kata kerja transitif. Contoh:
~Saya tidak bersetuju dengan ia. (tidak baku)
~Saya tidak bersetuju dengan dia. (baku)
>Kata Ganti diri Singkat
6) aku menjadi ku = boleh diletakkan di awal/akhir kata seolah-olah sebagai awalan/akhiran. Contoh:
i. Akan kuhadapi segalanya dengan tabah.
ii. Buku itu masih ada padaku.
7) engkau menjadi kau = diletakkan di awal kata sahaja. Contoh:
i. Karangan yang kautulis itu sungguh baik.
8) kamu menjadi mu = diletakkan di akhir kata sahaja. Contoh:
i. Hadiah ini untukmu.
9) dia menjadi nya = diletakkan di akhir kata sahaja. Contoh:
i. Surat ini ditulis olehnya.
* Kata kau,mu,nya dan ku tidak boleh dijarakkan daripada kata yang menyertainya. Contoh:
~ Duit yang kau beri itu telah habis. (tidak baku)
~ Duit yang kauberi itu telah habis. (baku)
* Kata kau,mu,nya dan ku tidak boleh bertugas sebagai subjek ayat kecuali dijadikan kata ganti diri penuh engkau,kamu,dia/ia dan aku. Contoh:
~Kau tidak patut berbuat demikian. (tidak baku)
~Engkau tidak patut berbuat demikian. (baku)
* Kata nya tidak boleh diibuhkan pada kata ia lalu menjadi ianya. Contoh:
~ Udara merupakan bahan penting kerana ianya diperlukan untuk pernafasan. (tidak baku)
~ Udara merupakan bahan penting kerana diperlukan untuk pernafasan. (baku)
>Kata Ganti Tanya
10) apa
11) mana
12) siapa
* Kata siapa tidak boleh digunakan untuk menanyakan nama binatang.
* Kata mana tidak sama seperti di mana. Contoh:
~ A : Yusuf mana?
~ B : Itu.
~ A : Yusuf di mana sekarang?
~ B : Dia di Taman Permata sekarang.
>Kata Ganti Tak Tentu
13) apa-apa
14) mana-mana, masing-masing, seseorang dan sesuatu
15) siapa-siapa/ sesiapa
* Kata ganti tak tentu apa-apa, mana-mana, dan siapa-siapa tidak boleh disamakan dengan kata ganti tanya apa, mana dan siapa. Contoh:
~ Apa yang diceritakan itu tidak benar. (tidak baku)
~ Apa-apa yang diceritakan itu tidak benar. (baku)
Sebenarnya, banyak lagi yang MDB mahu kemukakan. Tetapi malangnya, masa tidak mengizinkan. Tengoklah, sekiranya saya mempunyai masa, saya tidak teragak-agak untuk berkongsi dengan anda maklumat tentang tatabahasa yang penting untuk anda semua. " BAHASA JIWA BANGSA" Pesanan MDB : Gunakanalah Bahasa Melayu yang baku. Martabatkanlah bahasa kita. Jangan kerapkali gunakan bahasa-bahasa mudah zaman sekarang kerana mungkin anda akan terbiasa dan menggunakannya sepanjang masa. Apa yang penting di sini ialah MDB mahu menekankan tentang penggunaan ianya. Sebenarnya, perkataan ianya tidak pernah wujud dalam Bahasa Melayu baku. Jadi, saya berharap agar anda sekalian menggunakan bahasa yang betul. :D
No comments:
Post a Comment