Manusia Dari Bumi

Sunday, December 25, 2011

Awas! Penipuan New York Skin Solution (cerita benar)

New York Skin Solutioooooooooon~~~ (ooopss sorry ternyanyi pula). Tapi hari ni MDB nak pastikan yang budak-budak muda sekarang mahupun dah 20++ ataupun nenek sekalipun janganlah percaya benda-benda karut ni :D

You know what? Sebenarnya MDB masa tu gatal-gatallah pergi website NYSS lepas tu sign up untuk dapat FREE~ facial treatent + products (kononnya dok heboh keluar TV & surat haba').

Sekali pada suatu hariiiii *lagu starlight berdering*(that's my ringtone)

Cina : Helloooooo, boleh cakap dengan Farahin?
MDB : Ya, saya :)
Cina : Hari tu you ada sign up tell your problems about pimples kannnn?
MDB : Oh, ya.
Cina : So, dah berapa lama you're having this problem?
MDB : Errr 2 tahun?
Cina : Oh okay,... umur you berapa?
MDB : 13
Cina : Oh, so you sekolah menengah lah kann?
MDB : Ya..
Cina : Okay so pimples ada macam-macam jenis pimples..
MDB : Okayyyy *terus sampuk*(sebab malas nak layan)
Cina : So you duduk mana?
MDB : Wangsa Maju :)
Cina : Oh,, you tahu KL Festival tak?
MDB : Tahu :)
Cina : Okay, so bila you boleh datang?
MDB : ERrr tak confirm lah
Cina : Hari ni boleh takkk?
MDB : Err tak boleh
Cina : So bila you boleh agak-agak? Esok boleh?
MDB : Mungkin boleh
Cina : Okay, pukul 11 pagi boleh tak?
MDB : Boleh kott
Cina : Okay so esok you datang bawa parents lah because nanti you tak faham... Okay?
MDB : Err
Cina : HEyy I mau tolong youu
MDB : HMM ok
Cina : Okay so esok datang KL Festival tingkat 2 pukul 11 okay?
MDB : Okay :)

Lepas tu kannnnnnnnnnnnn

MDB terus terfikir~~~ Haish kau ni Farahin, belajar hari-hari buat apa kalau kau boleh terpedaya dengan iklan yang bohong belaka??? Takkan buat bisnes tak nak duit kott.. Buat apa bagi orang free facial... Dahlah boleh buat iklan dalam bentuk rancangan lagi.. Bayangkan kalau iklan biasa pun dah bayar beribu takkan buat rancangan tak keluar duit kottt???

Hmmmm

Malam itu...

MDB pun pergi lah jumpa pak cik Google.com tanya dia,

"Harga New York Skin Solution"

Sekali terpapar hasil carian daripada blog-blog orang meluahkan perasaaan. Sekali mereka cakap yang mereka sudah kena tipu~~~~ Lepas tu MDB terus bersyukur nasib baik tak pergi lagiii. Mereka cakap ada banyak package. Package 10 sessions RM5600. 5 sessions RM2800. 3 sessions RM1400. MDB pun whhatttttttttttt?? Mana MDB ada banyak duit macam tuuu! Puiihh cina ni memang nak kena.. Tipu orang je kerja.. Jadi selepas tu MDB terus serik nak percaya iklan lagii..

Jadi yang pentingnya janganlah percaya benda-benda macam ni.. Memangah result dia memuaskan.. tapi sekali bayar beribu daaaaaa... Anyway terima kasih kerana sudi membaca. Peace yawrrr :D


No comments:

Post a Comment