Manusia Dari Bumi

Friday, March 18, 2011

Rajalawak 5 final tak 'se-grand' tahun-tahun sebelum ni?


Tak puas hati tengok rajalawak semalam.. (18 Mac 2011).
Ye ye je bertenggek depan TV,konon-kononnya macam best la..'Harap grafik je lawa'..

Tapi, opening dia dah gempak dah.. hahaha Johan : JAMAL! Zizan : "Saya rapper, saya rapper ". hahaha tapi,yang part tu je lawak.. yang lain, hampeh..
Dah lah performances peserta-peserta kurang gempak..3 minit je persembahan???Ish ish ish..

Pas tu Zizan ngan Johan pon sempat buat lawak time nak umukan pemenang tu je.. Sebab kalau nak buat lawak time lain, tak cukup masa...Haissshhh ..Final, rasa macam tak final je...1 jam 1/2 mana cukup.. bagi lah masa 2 jam.. >:( Hadiah? Oh, hadiah punyalah grand! RM 100,000 kot! Kalau MDB, MDB terus masuk saham.. hehe :D

Apa-apa pun, tahniah kepada juara rajalawak astro musim ke lima,MAN!



Hai Man, saya ni kawan lama awak tau...
hahaha.. mesti time time macam ni lah ramai yang mengaku saudara.. mana taknya, RM 100 K lah katakan....

Friday, March 4, 2011

3 perkara yang membuatkan anda jadi tension!

Pertama :

Cuaca panas

Jangan biarkan diri anda berada di kawasan yang panas terlalu lama kerana apabila badan kita berasa panas, maka sekali gus otak kita akan berasa panas. Jadi, pandailah elakkan diri daripada terkena sinaran matahari terlau lama.

Kedua :

Keletihan

Relaks! Jangan terlalu memaksa diri anda! Walaupun perkara yang dilakukan itu penting, cuba mengawal diri anda untuk membuatnya dengan tenang. :D

Ketiga :

Terlalu bimbang, risau atau takut

Kerja yang sepatutnya dibuat belum disiapkan lagi? Atau bimbang anda tidak berjaya dalam sesuatu perkara? BUANGKAN perasaan perasaan tersebut daripada diri anda! Jangan layan perasaan anda kerana akhirnya akan membuatkan anda rasa susah..

Sam keluar dari Bunkface ?


Hah! Terkezzut MDB apabila mendengar cerita ni...


Rupa-rupanya tak lah, dia tak keluar pon, dia hanya buat projek band bersama The Azenders. Gempak! Memang cayalah SAM!! So, lain kali jangan percaya bulat bulat khabar angin, bukannya betul pun..

Jom belajar buat Famous Amos :D

Hai! Hari ni MDB nak ajar korang semua macam mana nak jadi macam Pak Cik Amos ni..
Eh, tak tak, bukan nak jadi macam pak cik ni, tapi nak buat biskut macam dia buat...






Hehe.. So this is the secret recipe :

Bahan bahan

a) 2 cawan mentega
b) 4 cawan tepung
c) 2 sudu teh baking soda
d) 2 cawan gula pasir
e) 5 cawan oatmeal (dikisar)
f) 24 oz. cip coklat
g) 1 sudu teh garam
h) 18 oz. Cadburry bar (diparut)
i) 4 butir telur
j) 2 sudu teh baking powder
k) 2 sudu teh vanilla
l)3 cawan kacang (ditumbuk)

Cara membuatnya

Krimkan mentega dan tambahkan gula. Tambah telur dan
vanila, campur bersama dengan tepung, oatmeal, garam,
baking powder, dan soda. Tambah chocolate chips,
Cadbury bar dan kacang.Bulatkan adunan menjadi bola dan tempatkan adunan tersebut
dua inci berasingan di atas dulang .. bakar selama 10
minit pada 375 darjah. Dapat membuat 122 biskut ..


*Selamat mencuba ! :D